Want your
own Fotopage?







 
Hadif's fotopages

By: mama hadif khawarizmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  [16]  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Jan-2005 03:27 Email | Share | | Bookmark
Cameron Highland

 
 
 
View all 16 photos...
Gambar-gambar ni time kami bercuti ke Cameron Highland..time tu pulak CNY..ramainya cina kat atas tu..sampai jammed! Syoknya Cameron Highland..sejuk dan nyaman..tengahari pun rasa nyaman...actually hadif baru baik dari muntah-muntah dan demam..tapi di sebabkan dah buat reservation..kami pi jugak..dah lama plan nak gi Cameron Highland ni..time ni hadif lom berjalan laju..baru belajar nak berjalan..tapi memanjat dia dah laju..

Care to comment?


Friday, 27-Feb-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
HADIF BALIK RUMAH

 
 
 
View all 16 photos...
Setelah hampir 42 hari Hadif menjadi penghuni NICU dan wad KK8, alhamdulillah akhirnya Hadif dibenarkan pulang ke rumah. Sebelum itu, ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya, anak kami ...yang kami nantikan ... dapat dibawa pulang ke rumah dan ditambah dengan berita gembira...babah berhenti merokok...sempena Hadif dapat pulang ke rumah.. syukur ya allah..syukur ya rabbi... berat hadif waktu di bawa pulang 2.52 kg...kecilkan? tak apalah..asalkan anak mama sihat..kecil pun tak apa..nanti hadif boleh minum susu banyak-banyak! Tak tahu nak cakap apa masa doktor kata hadif boleh balik..rasa macam tak percaya pun ada...inilah kuasa Allah...yang maha mengasihi..maha mengasihani... maha mengampuni...akhirnya..doa mama untuk melihat segala penderitaan yang hadif lalui berakhir termakbul..

Care to comment?


Wednesday, 4-Feb-2004 02:12 Email | Share | | Bookmark
CERITA SEDIH

Hari ni doktor kata keadaan hadif semakin tak stabil..doktor panggil mama dan babah.. bagitau yang hadif tak de apa-apa perubahan walaupun dah pakai High frequency Oxigen Ventilation atau motobot.. gelaran yang nurse panggil.. doktor kata mungkin hadif punya injap jantung masih terbuka... may be sehari dua lagi pakar jantung dari IJN akan datang tengok..doktor suggest mama dan babah buat operation hadif di Gleneagles Intan Medical Center kerana pakar untuk penyakit tu ada di sana dan kos perubatan untuk operation itu dalam lingkungan 20 ke 30 ribu ringgit. Itu pun peluang hanya 50-50. Kata doktor Padhma kalau nak tunggu giliran kat IJN diorang pun tak tahu bila sebab terlampau ramai senarai menunggunya. Bayangkanlah baby sekecil hadif hendak di open chest? ya allah...berikanlah yang terbaik untuk hadif..

Care to comment?


Monday, 2-Feb-2004 00:59 Email | Share | | Bookmark
KHABAR DUKA

HADIF MENANGIS
 
 
Sewaktu saya melangkah ke dalan NICU hari ni..saya lihat ada satu mesin besar yang sedang Hadif gunakan. Badan anak saya itu seperti di pam dengan laju..air mata saya turun dengan lajunya..nurse yang bertugas memberitahu saya bahawa doktor pesan supaya saya jangan pergi dekat hadif...katanya apabila mendengar suara saya Hadif akan lawan mesin itu...doktor takut paru-paru hadif pecah... jadi saya hanya memerhatikan hadif dari jauh.. anak mama...kuatlah nak.. hari ni mesti hadif ingat mama tak datang lawat hadif...

sewaktu di dalam bilik susu..ramai kaum ibu turut menggunakan pam susu yang disediakan. Saya lihat seorang kakak (nampak tua dari saya...bukan saya perasan muda!) sedang bercerita kepada sorang lagi ibu yang sedang memerah susu mengenai anaknya yang kena jaundice...tanpa saya sedar saya mengeluarkan kata-kata "kakak..syukurlah anak kakak hanya kena jaundice..insyaallah dia ada sembuh cuma akak kena sabar sahaja..saya ni dah la sejak anak lahir tak dapat memeluk dan mendukungnya... nasib dia pun saya tak tahu lagi...sekarang anak saya sedang bertarung nyawa di ICU 3 tu... harap kakak dapat doakan anak saya selamat ye.."

kata kak norisah (nurse yang bertugas shift pagi) bayi yang menggunakan mesin yang hadif guna tu biasanya jarang ada yang sembuh...kak sah minta saya banyak-banyak bersabar dan berdoa...semua tu kerja tuhan dia kata.... tapi saya yakin anak saya akan sembuh...air mata saya bagaikan telah kering untuk menangis..sehingga suami memuji..."mama semakin tabah" alhamdulillah...saya menjadi kuat dan saya ingin hadif lihat mamanya kuat dan tabah menunggu saat yang tak tahu bila itu..

Care to comment?


Sunday, 1-Feb-2004 12:43 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

 
 
 
Keadaan Hadif tak banyak berubah. Hari ni, awal pagi lagi mama dan babah dah berada di NICU... kami nak sambut bersama Hadif. Tak ramai parents yang datang ke NICU pagi ni..agaknya masing2 sibuk dengan sambutan hari raya aidiladha..babah sembahyang di masjid hospital pagi ni..di saat begini rasanya sesaat pun tak mahu saya berjauhan dengan hadif..walaupun terpaksa berdiri sepanjang hari..saya rela!...

Tadi heart beep hadif semakin lemah... Dr. Kumar kata "keadaan dia sangat tenat". Bagai nak tercabut nyawa mama mendengarnya...mujurlah babah sentiasa memberi semangat...hadif..kuatlah..berjuanglah.. mama sentiasa mendoakan anak mama sihat... hari ni mama minta pada doktor Irine untuk pakaikan hadif baju...ye lah..sejak hadif lahir..hadif hanya pakai drypers sahaja..mama minta pada doktor tolonglah beri peluang mama untuk melihat anak mama pakai baju yang mama suka... Misi yang jaga ICU 3 tu namanya Sulia..dia siap tolong pakaikan hadif baju..siapkan hadif..Ya Allah...sempena hari raya qurban ini... saya panjatkan doa...sekiranya Hadif itu ditakdirkan untuk saya dan suami...kau sembuhkan lah dia..dan andainya kau lebih menyayanginya...saya redha ya allah...tak sanggup rasanya melihat anak yang saya kandung dengan susah payah itu harus menempuh pelbagai penderitaan...

Petang ni atuk..nenek..andak..mak de...pak de...abang arif..kakak nuyul dan abang hairi datang.. sambut hari raya di hospital..

Care to comment?


Friday, 16-Jan-2004 12:32 Email | Share | | Bookmark
Hadif ke HKL

 
 
 
Hari ini usia hadif 6 hari. Tak banyak perubahan yang berlaku pada Hadif...tapi hati saya tetap yakin bahawa buah cinta saya dan suami akan sembuh segera. Memandangkan Pakar Peadiatrik mengatakan jangka masa untuk hadif sembuh mungkin mengambil masa yang panjang, maka kami sekeluarga bersetuju untuk memindahkan hadif ke Hospital Kuala Lumpur, memandangkan di HKL ada satu unit khas yang lebih mahir untuk merawat hadif tambahan kos perubatan hadif sehingga hari ini sudah mencecah RM17,000! Seawal jam 9.00 pagi saya, suami serta emak dan abah sudah tiba di Selagor Medical Centre. Ambulance juga sudah tiba dari HKL beserta equipment yang akan Hadif gunakan. Hati saya semakin bercelaru...sejak kelahiran hadif, sehinggalah hari ini saya gagal melelapkan mata dengan lena..betapa teringinnya saya untuk mendakap anak itu..betapa rindunya saya untuk mencium wajah munggil itu... kata suami..saya perlu kuat dan tabah .... sokongan dari mak, abah dan mertua silih berganti menjadi menguat semangat...wahai hati..tabah la hati..

Ambulance keluar dari perkarangan SMC lebih kurang jam 9.30 pagi... lajunya kenderaan itu bergerak..air mata memang menjadi teman yang paling setia. Setibanya kami di HKL saya dan suami seperti kucing yang kehilangan anak...dari satu floor ke satu floor kami mencari anak kami..rupanya hadif bukan di wad peadiatrik, tetapi di Hospital bersalin, di NICU baby tingkat 2. Sehingga ke petang saya menghabiskan masa melihat hadif di situ. tak banyak yang berubah, melihat wajah hadif hati saya menangis..ya allah..biarlah saya yang berada di tempat anak itu...terasa luluh hati melihat tubuhnya lebam-lebam kesan jarum.

Care to comment?


Wednesday, 14-Jan-2004 08:32 Email | Share | | Bookmark
Hari Lahir Mama

Selamat Hari Lahir untuk diri ini. Tak ada hadiah yang paling bermakna kecuali hadif dapat pulang dengan sihat dari hospital. Suami pulang dari pejabat pendaftaran dengan mengunjukkan kepada saya sijil kelahiran hadif..dengan rasminya anak kami bernama Muhammad Hadif Khawarizmi Bin Shamsul Kamal. Saya ajak suami ke hospital..tak sabar nak berbual dan nak tunjuk hadif sijil kelahirannya. Sampai di ICU nurse di ICU memberi saya kerusi untuk duduk disamping hadif..agaknya mereka bimbang dengan keadaan saya yang baru sahaja melahirkan anak tapi sudah berjalan ke sana ke mari..insyaallah saya akan kuat semangat untuk mengharungi semua itu. Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan usia saya...memberi peluang untuk saya merasai nikmat menjadi seorang mama...Semoga Allah mendengar doa saya agar kami sekeluarga dapat bersatu (mama, babah & hadif)..kehadiran babah dan hadif dalam hidup mama merupakan hadiah yang paling berharga buat mama..semoga allah memberi dan terus memberi saya kekuatan untuk menerima segala takdir yang telah tersurat untuk saya dan suami..dan semoga hadiah hari lahir mama akan segara dapat di bawa pulang..amin..

Care to comment?


Monday, 12-Jan-2004 15:38 Email | Share | | Bookmark

Hari ini saya dibenarkan pulang. Bagaimana agaknya saya harus menghadapi kenyataan yang cinta hati saya dan suami harus ditinggalkan di hospital..di ICU. Sayang mama...anak mama...cepat sembuh ye nak..mama rindu dan ingin sangat untuk mendakap dan mencium anak mama...belahan jiwa mama...

Sebelum pulang ke rumah saya sempat menjenguk Hadif di ICU...rasa bagai nak meraung bila terpaksa melangkah pulang ke rumah.. Hadif...nanti mama datang tengok Hadif ye...Hadif anak yang baik..Hadif kena kuat ye nak...

Care to comment?


Saturday, 10-Jan-2004 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kelahiran yang dinanti

Hadif di ICU
Jan 10, 2004
ICU
View all 4 photos...


Sejak pukul 6.00 pagi lagi perut rasa tak sedap. Hari ini baru 35 minggu kiraan doktor.. rasa kelakar sangat bila suami di sebelah bertanya...ada tanda atau turun darah tak... rasanya tak ade la pulak.. aku bangun dan terus ke dapur...minta mak potongkan buah tembikai...abah yang bangun sembahyang subuh tergelak besar melihat aku bangun makan buah tembikai pagi2 buta! Selepas sarapan pagi, aku dan suami ke Pusat Perubatan Selangor, selepas keluar hospital empat hari yang lalu..aku telah berjanji dengan doktor untuk datang membuat pemeriksaan hari ini. Dalam perjalan ke hospital aku sempat bergurau dengan suami..mengajaknya untuk pergi minum teh ais apabila selesai check up nanti.

Apa bila turn bertemu doktor Siti Esah Bahari... aku punyalah terkejut apabila diberitahu serviks sudah terbuka 4cm++ dan dijangka petang ini juga aku akan melahirkan anak... aku dan suami saling berpandangan kerana mengikut jangkaan anak kami sepatutnya lahir pada bulan hadapan.. aku dihantar ke labour room oleh nurse dan suami ku menguruskan kemasukan ke wad. Lebih kurang 2 jam setengah berada di labour room, akhirnya buah cinta kami "Muhammad Hadif Khawarizmi Bin Shamsul Kamal" lahir ke dunia... syukur alhamdulillah aku selamat melahirkan hadif dan jika ditanya rasa sakit bersalin pun aku dah lupa..terlalu pantas kelahiran hadif.

Melihat suami yang setia di sisi, yang mengalir air mata melihat kelahiran zuriatnya aku jadi puas..puas dan bahagia kerana dapat melahirkan anak kami... yang kami nanti2 kan.. Hadif di bawa oleh nurse ke Special Care Nursery... aku dihantar ke bilik. Kedatangan doktor Zulkifli Ismail, pakar peaditrik membuatkan aku dan keluarga termenung...Hadif mengalami komplikasi kelahiran..paru2nya tidak berkembang seperti yang sepatutnya dan anak ku terpaksa di hantar ke unit rawatan rapi... ya Allah kau selamatkan la anak ku itu... jantung hati aku dan suami.. dia baru sahaja melihat dunia... berikanlah kehidupan yang baik untuk anak ku itu...


hadif sakit apa? Thu 22-Jun-2006 02:18
Posted by:shereen zulyeen@yahoo.com  - [Link]
hadif lahir premature 35 weeks stages, kira border line. doc kata mungkin lungs dia tak develop lagi time tu.. macam2 hal dia kena lalui...alhamdulillah hadif berjaya melaluinya dengan tabah Thu 22-Jun-2006 04:33
Posted by:mama hadif intanaziela@yahoo.com
Add comment


Saturday, 25-Jan-2003 08:21 Email | Share | | Bookmark
Kisah saya + awak = kita

 
 
 
View all 22 photos...








Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada 25 January 2003. Alhamdulillah, perjalanan yang begitu menyenangkan. He is my soul mate..my best friend, and everything. Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

BERTAKHTA DI HATI

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat lihat
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta di hati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan
terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Vokal: Farahdhiya



My Remarkable Moment

Care to comment?


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  [16]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.