|
|
| Tuesday, 29-Aug-2006 02:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hadif Demam
|
 |
|
ni la gaya hadif demam..monyok je..
|
|
|
Dah 2 malam Hadif demam..panas sangat badan dia..mama pun dah dua hari tak tido.. kesian sungguh..dah 2 kali bawak gi klinik..tapi yang sedihnya..hadif demam time babah gi work..siap tunjuk kat frame gambar yang sangkut kat dinding...tu babah...ish..sedih sungguh la hati mama nih... tak pe la hadif...minggu depan babah balik ler... dalam pada demam tu..kerenah dia tetap banyak..bila opah letak air asam jawa kat kepala dia..dia marah..busyukkkk dia kata..bila mama letak cool fever kat dahi..dia campak..nanak..dia kata ish..hadif...sabar sungguhlah melayan dia time dia demam nih..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Aug-2006 03:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Life is so beautiful when...
|
|
mama call hadif tadi.. pas tu dia cakap " mama...one..two..three..four..five..six..seven..eight..nine..tennnnn" pas tu dia tepuk tangan..terkedu mama kejap..ish..so sweet bila hadif dah boleh counting sendiri..tak pelat langsung pulak bila menyebut..pas tu mama suh dia kira satu ...dua..part dua dia cakap uaaa hahahha mama pun gelak.. cute je dengar suara manja dia tu counting..hadif ni payah nak buat kalau kita suruh..biar dia sendiri yang nak.. pas tu ni cerita malam semalam..opah cakap kat hadif..kesian budak ni babah dia tak de..sian dia rindu kat babah dia... time tu hadif tengah minum susu...terus dia letak botol pas tu cekak pinggang..."babah workkkkkkk" tergelak mama yang dengar...hadif dah get used to dengan pesen keje babah ... tapi yang best tu...siap cekak pinggang marah kat opah... dan yang buat mama tergelak bila opah tanya...hadif ni anak saper? dia jawab laju je...mama..babah... tak pilih kasih langsung... adil dan saksama...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Aug-2006 07:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KATAKAN TIDAK KEPADA STRESS...
|
|
weekend yang sangat memenatkan...ada kelas hari2..kepala sampai dah naik pening...tido pun memanjang je tak cukup..agaknya inilah dugaan belajar time dah berkeluarga... mana dengan kerja ofis..mana dengan tugas as a wife..who next? mother...tapi mama doa banyak2 kat allah..semoga mama terus kuat semangat nak selesaikan semua tanggungjawab..sampai hari ni rasanya perasaan jiwa kacau mama ni masih ada
gambar hadif tido ni actually dari handphone babah... time tu mama keje..babah bawak hadif ronda2 kat SACC...tu time balik dari SACC la tu.. keletihan sampai tido duduk..suka sangat tengok gambar tu...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Aug-2006 09:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelajaran Baru
|
|
Mama dok jenguk fp ummi qrah..pas tu tengok bestnya dia dok edit gambar2 qrah..apa lagi..cam mama buat pada ummi ameer la..buat muka tak malu..tanya..hehehe malu bertanya sesat jalan.. tapi tak banyak yang sempat mama buat..dari pagi meeting..lepas lunch meeting..pas tu dokumen atas meja dah seropa rumah hantu.. ni saje la nak buh kat sini..tanda ucapan terima kasih kat shereen..tima kasih daun keladi..kalau sudi..ajar la lagi..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Aug-2006 06:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hadif with sepupu sepapat
|
|
Baru ni balik kampung kat Lanchang...nak jumpa orang baru..hadif dapat sepupu baru...every year nenek dgn atuk timang cucu baru... dan..dengan kelahiran Muhammad Widad Haziq menjadikan cucu nenek dan atuk seorang perempuan dan 6 Lelaki... boy again? mama sebenarnya dah belikan baju untuk baby girl untuk adik abang wazif ni..sekali keluarnya boy jugak...nampaknya simpa ajelah baju tu...kira siapa cepat dia dapatlah.. Hadif bukan main lagi..asyik nak kiss baby..kalau tak dapat marah.. emm dah boleh nak ada adik la tu... minta2lah lepas ni turn mama pulak dapat baby....kekekeke
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Aug-2006 03:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar Lama
|
|
Lama tak up date fp..kurang orang kat department (auntie shilla cuti bersalin..auntie masrah cuti tunggu time nak bersalin) and.. I'm coordinating a training (kunon2 ler) heheheh rasa cam tak de masa sangat..so jarang sunggu mama up load gambar kat fp.. teringat ada gambar yang mama tak up load lagi time Gas Malaysia buat Hari Wanita...time tu mama masuk Cooking Competition (cam tak caya je mama masuk pertandingan memasak ..mama pun tak caya jugak sebenarnya..heheh) tapi dapat jugak la no. 3 out of 8 kira oklah..dapat RM50 as a token penyertaan dan RM150.00 voucher as a present for no. 3...jadiklah..dan ada gambar hadif yang turut sama "mengenteprem" kat Gas Malaysia..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Aug-2006 03:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Al Khawarizmi
|
|
Al-Khawarizmi sarjana matematik dan astronomi
AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan.
Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.
Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:
1. Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
2. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
3. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.
4. Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
5. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.
Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.
Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi
kenapa nama Hadif ialah Muhammad Hadif Khawarizmi...ianya diambil bersempena nama Al-Khawarizmi, mudah2han Hadif cerdik matematik.. dan menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara..insyaallah.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Aug-2006 05:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Miss babah..a lot!!
|
|
biasa aje hari2 bila babah gi keje...bak kata hadif..babah work... pagi tadi time mama call babah kat offshore..babah kata kena pergi remote platform.. 1 minggu...mujur sekarang ni I-talk mobile ada..murah sikit nak kasi hadif bergayut dengan babah...ni gambar tempat babah keje...tempat cari rezeki..mula2 dulu pening gak mama bila tengok tempat yang sebegini..nampak complicated... tapi bila lama2..dah tak heran...rasa biasa..ye la kat tempat yang sebegitu tentulah aspek keselamatan dah diambil kira.. teringat zaman bercinta dulu..babah selalu tulis "from Laut China Selatan with love" bila hantar email kat mama ye la time dok kat tengah laut tu ...apa yang nampak...laut je sana sini...ada sedikit gambar time gi dinner kat Crown Mutiara Plaza Hotel KL with babah... time tu enjoy dinner betul
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Jul-2006 02:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kasut baru
|
|
sebenarnya last week lagi dah beli kasut hadif ni..cepat betul kaki panjang... kebetulan tengah time survey jumpa yang berkenan..babah suh beli terus la...tambahan kasut hadif yang sedia ada tu tak celuih dah kalau pakaikan sock... mama buh sekali la gambar kasut2 hadif yang mana ada...sebahagiannya ada kat umah opah la...dalam kete mama la..heheheh tu yang buat babah bersyarah tu.. tu ada gambar kasut adidas yang mula mama beli kat hadif..time tu bawak pi follow up check-up kat hospital..doktor2 pelatih dok berkenan ngan kasut hadif...tapi dan pakai dua tiga bulan je dah tak celuih...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Jul-2006 01:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Suprise....
|
|
ni la gaya hadif with a drummer set nyer...mula2 turun bawah tengok ada suprise untuk dia..malu2...siap sorok muka kat sofa lagi..pas tu..dang tung..dang..tung...tergelak mama tengoknya..ni la muka hadif yang excited dengan drum dia...while babah gi beli breakfast..mama pun download ler gambar hadif yang dengan tak mandinya dok ketuk drum..
|
|
|
|